Monday, March 30, 2009

Luahan ku

Anjing apabila diberi makan,
dimanjakan, dibelai, dibuat baik
dia akan sayang akn tuannya.
Sekalipun makanan itu hanya tulang-menulang,
sisa-sisa dan bahan-bahan lebihan.

Dilahirkan
kepadanya kasih sayang
diusap-usap belakangnya

ia akan taat setia.

Diajar dan dididik
ia akan mengikut arahan tuannya.

Selepas itu
ia tidak akan berpisah lagi dengan tuannya
Waktu di rumah ia jaga tuannya,
waktu berjalan ia ikut tuannya,
Begitulah anjing yang hina.
Apabila kenal tuannya
ia tahu kasih tuannya
ia akan sayang dan taat kepada tuannya.

Begitulah Tuhan sebagai tuan manusia
Tuannya beri dia hirup udara
dia boleh hidup
Di waktu lapar diberi makan,
di waktu haus diberi minum,
di waktu letih ditidurkan.

Tuhan,
Tuan bagi manusia
memberi bermacam-macam kemudahan hidup
rumah, kenderaan, pakaian

Entah apa lagi belaian Tuhan kepada manusia
yang tidak dapat diucapkan

Tapi malangnya
manusia tidak kenal Tuhan sebagai Tuannya
dia lupa Tuannya, jauh sekalilah taat.
Kalau begitu kebanyakan manusia
lebih jahat dan hina
daripada anjing yang hina

Anjing apabila dibelai oleh tuannya
ia taat dan setia
Ia tidak mahu berpisah lagi dengan tuannya
Anjing lebih mengenang budi tuannya
daripada manusia
Sepatutnya anjing yang tidak ada akal
belajar dengan manusia
Ini terbalik pula, manusia kena belajar
dengan anjing yang hina

Aduh!
Malangnya manusia
Tidak mengenang budi jasa Tuannya iaitu Tuhan
Anjing lebih mengenang budi jasa-jasa tuannya
Patutlah manusia ramai yang masuk Neraka
anjing selamat dari Neraka.

No comments:

Post a Comment